-
Bisnes Makan Delivery
Alamak.. Income Semakin Slow Sejak PKP?Pening Tak Tahu Nak Buat Bisnes Apa? Mari Saya Tunjukkan Anda Bisnes Yang Mudah Untuk Dimulakan Dengan Kos Yang Rendah Serta Sentiasa Ada Permintaan Yang Tinggi! Walaupun Selepas Tamat PKP!
-
JB Pengenalan Komputer
Penggunaan komputer boleh dilihat dengan meluas di dalam sektor pendidikan khasnya di sekolah-sekolah. Kini tiada lagi sekolah yang tidak mempunyai komputer, para pelajar dan guru-guru kini semakin tercabar untuk mendalami ilmu komputer. Siri ini disediakan khas untuk golongan sasaran di mana "Mat Siber" akan mengajak kawan-kawan memahami komputer sepenuhnya dan dapat mengaplikasikan penggunaannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Buku-buku di dalam siri JOM BIJAK ini juga merapatkan JURANG DIGITAL di kalangan pelajar di bandar dan luar bandar. Jom kawan-kawan, SELAMAT MEMBACA! [...]
-
8 Tokoh Wanita Pencetus Turunnya Wahyu
8 TOKOH WANITA PENCETUS TURUNNYA WAHYU’ yang dipaparkan dalam siri ini ialah ikon atau srikandi umat Islam. Sejarah hidup dan peribadi mereka menjadi ikutan umat Islam hingga akhir zaman. Peribadi ulung yang tiada bandingan ini menjadi pencetus dunia dan kehidupan Islam sejagat. Pada ketika ini, jika manusia seantero dunia berkiblatkan Barat, siri ini diterbitkan untuk memberi contoh teladan yang boleh dijadikan alternatif ikutan umat Islam. Apakah keistimewaan dan kelebihan 8 TOKOH yang telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT ini? * Mereka ialah orang yang paling hampir dengan Rasulullah SAW. * Mempunyai budi pekerti dan amat lemah lembut hingga dihormati kawan dan lawan. * Kekuatan mental dan fizikal yang luar biasa. * Kehidupan mereka sentiasa dalam bimbingan dan hidayah Allah SWT. [...]
-
Keluarga Syurga Wanita Dan Undang-Undang
MATLAMAT utama perkahwinan ialah untuk mewujudkan ketenangan, kasih sayang dan belas kasihan. Ketiga-tiga matlamat tersebut hanya akan tercapai melalui tiga tahap: * Mendapat pilihan yang bertepatan dengan petunjuk syarak ketika memilih pasangan . * Apabila terjadi perselisihan sengit antara suami isteri,maka hendaklah dirujukkan kepada orang yang lebih arif atau kepada institusi yang memberikan khidmat kaunseling perkahwinan. * Apabila tiimbul keadaan yang membosankan dalam kehidupan berumahtangga, maka suami isteri berkenaan hendaklah berusaha mengatasinya sama ada mengikut kebijaksanaan sendiri atau menemui kaunselor. Demikian di antara petunjuk yang terdapat di dalam buku ini. Petunjuk-petunjuk itu sangat berguna kepada pasangan suami isteri di dalam mengharungi alam rumahtangga demi tercapainya sebuah kehidupan yang aman bahagia , menepati konsep RUMAHKU SYURGAKU. [...]
-
12 Peribadi Cemerlang
IBADURRAHMAN ini dinisbahkan kepada Dzat Allah Yang suci (Ar-Rahman), yang mengandungi pengertian, bahawa mereka adalah hamba-hamba yang layak mendapatkan rahmat Allah dan mereka selalu berada dalam naungan rahmat ini. Rahmat memagari mereka dari arah kanan, kiri, atas dan bawah. Apakah kamu semua ingin termasuk golongan Ibadurrahman? Apakah kamu ingin menisbahkan diri kepada Allah? Apakah kamu ingin menjadi anggota bagi jemaah ini? Jika kamu menginginkan, maka ketahuilah sifat dan ciri-ciri mereka. Kenalilah siapa Ibadurrahman itu, dengan itu kamu terdorong untuk menjadi anggota mereka. Berapa ramai orang yang mengaku, "Aku termasuk Ibadurrahman"' tetapi perilakuannya menunjukkan, "Engkau adalah Ibadussyaitan dan bukan Ibadurrahman." [...]


















